Thursday, November 18

SUKE MAKAN BENDE NI ! :DD PANCAKE :DD

kadang2 buat ngan akak , tapi PENYEK!  muahahahhaa:DD ni die resipinye  dpt kat blog orng GAk :D  aku memank suke masak siket , alalala keibuan gituh ! anak mak laa katekan *fuh ! malu siod ! =.=*

RESEPI BANANA PANCAKE aka LEMPENG PISANG

Bahan-bahan
  • 350 gram pisang masak - dilenyek (3 biji pisang besar)
  • 30 gram gula
  • 120 gram tepung gandum (1 1/4 cawan)
  • 1/2 sudu kecil baking powder
  • Secubit garam
Cara-cara
  1. Pisang dibuang kulit dan di lenyek sehingga hancur.
  2. Masukkan gula, tepung gandum, garam dan baking powder. Gaul rata.
  3. Dengan menggunakan api perlahan, panaskan non-stick pan dan leserkan sedikit minyak masak.
  4. Sendukkan bancuhan ke dalam pan dan leperkan menjadi bulat.
  5. Biarkan sehingga nampak berlubang-lubang di atasnya dan terbalikkan.
  6. Angkat bila sudah masak.
  7. Ulang langkah 4 sehingga habis. Adunan ini menghasilkan 3 keping lempeng seperti saiz diatas.
  8. Boleh di makan begitu sahaja atau di siram dengan madu, cake syrup, chocolate syrup atau apa-apa jem kesukaan anda. Selamat Mencuba!
Note : Sedap juga di tambah dengan sedikit kelapa parut jika suka.

SELAMAT MENCUBE RESIPI NI ! :D *aku buat pon bole la, but GULE ! AMBEK KAU ! HAA ! SEBALANG WEYH!  HAHAHA:DD
http://e-nalovelykitchen.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment